Ini adalah berikutan kadar vaksinasi dua dos vaksin bagi populasi dewasa kini telah mencapai 90 peratus, menurut Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob.
Kebenaran ini turut termasuk bagi pergerakan untuk tujuan dan aktiviti pelancongan, namun kebenaran tersebut tidak terpakai bagi pergerakan ke kawasan atau lokaliti yang tertakluk di bawah PKPD
Beliau turut mengingatkan supaya rakyat Malaysia sama-sama mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama, DS Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pihak polis akan melakukan pemeriksaan secara rawak meskipun tiada lagi sekatan jalan raya dilaksanakan.
Kebenaran pergerakan ini turut diberikan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin membuat perjalanan ke luar negara tanpa memerlukan permohonan MyTravelPass seperti amalan terdahulu.