Aliran trafik catat 3.8 juta kenderaan sehingga Rabu lalu!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara mencatatkan 3.8 juta kenderaan kelmarin, susulan kebenaran rentas negeri pada Isnin lalu.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata mengikut data yang direkodkan kelmarin (Rabu), tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1,075,408 kenderaan, Lebuh raya KL-Karak (97,758) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (34,041).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding Rabu lalu.

 

Beliau berkata, Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan paling mendadak sebanyak 108 peratus iaitu 57,719 berbanding 27,204 kenderaan pada Rabu minggu lalu (6 Oktober).

 

"Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 27 peratus iaitu 54,733 kelmarin berbanding 43,138 kenderaan pada 6 Oktober lalu, manakala Plaza Tol Sungai Besi meningkat 30 peratus iaitu 35,881 berbanding 27,501 kenderaan.

 

"Plaza Tol Skudai meningkat 13 peratus iaitu 18,336 berbanding 16,213 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 27 peratus dengan 39,068 berbanding 30,668 kenderaan.

 

"Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan 52 peratus dengan 40,039 berbanding 26,415 kenderaan, manakala Plaza Tol Karak merekod peningkatan 31 peratus iaitu 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini," katanya kepada BH, hari ini.

 

Mohd Nadzri berkata, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan disediakan sepanjang lebuh raya.

 

"JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu.

 

"Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata cadangan projek yang dianggar melibatkan kos RM525 juta itu termasuk dalam…
Berita Domestik
Pelaksanaan aliran tersebut bermula dari Persimpangan Alam Budiman hingga ke sempadan Persimpangan…
Berita Domestik
Menurutnya, pemprosesan data besar yang betul untuk menilai kecekapan masing-masing, terutama…