Diesel Petronas kini patuh piawaian Euro 5

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumkan bahawa semua diesel yang dijual di stesen Petronas kini mematuhi piawaian Euro 5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diesel yang dijenamakan sebagai Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, ditawarkan dengan nisbah campuran biodiesel yang berbeza, iaitu B7 (dari nozel berwarna biru) serta B10 dan B20 (dari nozel berwarna hitam) di stesen Petronas.

Petronas menjelaskan diesel yang mematuhi piawaian Euro 5 mengandungi 50 kali kurang sulfur untuk pemanduan yang lebih bersih, manakala formula Pro-Drive menjanjikan penjimatan minyak dan pengalaman pemanduan lancar.

“Tiga varian campuran biodiesel -- dengan tujuh peratus, 10 peratus dan 20 peratus komponen berasaskan bio -- juga memastikan pelepasan karbon rendah untuk menyokong agenda kelestarian kerajaan dan Petronas,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan kelebihan utama iaitu membersihkan dan melindungi enjin diesel untuk memanjangkan jangka hayat enjin, menambah baik pembakaran, mengoptimumkan prestasi enjin dan memberikan lebih penjimatan minyak di samping memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Azrul Osman Rani, berkata prestasi terbaik dalam…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…
Informasi
Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi…