JANGAN MUDAH DITIPU - BELUM WUJUD LAGI PERANTI YANG BANTU MENJIMATKAN MINYAK KENDERAAN

oleh Firdaus Razani|
Jika kita sebagai pemandu atau pengguna kereta, kereta yang menawarkan penjimatan bahan api yang tinggi pasti menjadi tumpuan serta pilihan nombor satu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi minyak petrol kereta merupakan perkara yang paling kerap dilakukan jika memiliki kereta.

Jadi, pasti anda memikirkan cara yang berkesan untuk menjimatkan penggunaan bahan api, maka persoalannya, wujudkah peranti atau produk yang bantu menjimatkan bahan api kereta? Tidak sama sekali!

 

minyak

 

Oleh itu, berhenti percayakan produk atau peranti yang mengatakan ia dapat membantu menjimatkan bahan api kereta anda, jika ia betul-betul wujud, sudah lama jenama automotif akan menggunakannya.

Produk seperti itu memang benar wujud, tapi jangan sesekali mudah terpedaya, pasti produk ini mendakwa ia menggunakan "gas air" dan "teknologi lama yang terbukti" untuk menawarkan "penjimatan yang luar biasa" dan juga menjanjikan "kurang pergantungan kepada minyak asing."

Bunyinya seperti sebuah produk yang hebat, dengan ayat-ayat pengiklanan yang dapat menarik perhatian pembeli untuk percaya kepada kebolehan produk itu.

 

minyak

 

Sayang sekali ia tidak berfungsi, kononnya ia melibatkan pengekstrakan hidrogen daripada air suling menggunakan elektrik, malangnya, mengikut prinsip fizik, ia tidak berkesan.

Berdasarkan dari laman ConsumerReports, mereka telah berulang kali menguji peranti dan produk sedimikian, tapi keputusannya adalah ia tidak menemui apa-apa yang bantu menjimatkan bahan api.

Selain mereka juga, Agensi Perlindungan Alam Sekitar menyenaraikan banyak peranti yang telah diuji oleh agensi itu sejak lamanya, termasuk Penjimat Gas Platinum, ia turut mempunyai hasil yang serupa.

Secara kesimpulannya, cara terbaik untuk mendapatkan penjimatan bahan api adalah anda perlu tahu tabiat atau gaya pemanduan anda serta faktor lain turut memainkan peranan dalam penggunaan bahan api seperti faktor kawasan anda memandu.

SUMBER : AutoBlog , ConsumerReports