Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke Jalan Sentul dan seterusnya ke Jalan Sentul Manis melalui pembukaan median baharu dan juga melalui Jalan Pahang untuk ke Jalan Tun Razak.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda yang diletakkan di lokasi sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebagai langkah keselamatan," katanya.