Cuaca buruk - 16 pesawat ke KLIA dilencongkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sejumlah 16 penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dilencongkan ke beberapa lapangan terbang lain susulan keadaan cuaca buruk malam tadi.


Menurut laman penjejak penerbangan FlightRadar24, hujan lebat dan ribut petir di sekitar Lembah Klang menyebabkan pesawat perlu dilencongkan ekoran membahayakan operasi pendaratan.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

Lencongan itu bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH 720 dari Jakarta, Indonesia yang sepatutnya dijadualkan mendarat di KLIA kira-kira pukul 7.25 petang.

 

Laluannya terpaksa diubah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang diikuti pesawat AirAsia penerbangan AK 392 dari Medan, Indonesia yang dilencongkan ke Senai, Johor.

 

Selain itu, beberapa pesawat lain turut dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

 

Selain itu, pesawat penerbangan antarabangsa Emirate Airlines turut dilencongkan ke Bayan Lepas manakala pesawat Singapore Airlines SQ 126 terpaksa berpatah ke Changi.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak lapangan terbang mengesahkan semua penumpang dan anak kapal telah…
Informasi
"Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi…
Informasi
  Syarikat penerbangan Firefly dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat Firefly FY3124 tersebut…