Alpha Motor dedah rekaan sebenar trak pikap elektrik dua pintu Wolf

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan mendedahkan imej rendering, Alpha Motor Corporation akhirnya mendedahkan secara rasmi produk trak pikap dua pintu berkuasa elektrik, Alpha Wolf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak pikap Alpha Wolf yang hadir dengan warna biru gelap seakan Hilux PDRM ini akan dipamerkan di Petersen Automotive Museum di Los Angeles pada bulan November ini.
 

Wolf


Sama seperti imej rendering yang dibekalkan sebelum ini, Alpha Wolf merupakan sebuah trak pikap kabin tunggal dengan dimensi kecil, iaitu 4,775 mm panjang, 1,930 mm lebar, dan 1,676 mm tinggi.

Sebagai perbandingan, Ford Maverick yang lebih kecil daripada Ford Ranger itu membawakan ukuran panjang 5,072 mm dan 1,745 mm tinggi.
 

Wolf


Rekaan trak pikap ini mengingatkan kita kepada Hilux SR5 yang ditampilkan dalam filem Back To The Future dengan kehadiran lampu LED bumbung, ditambah pula dengan rekaan klasik, arka roda lebar, dan tayar off-road.

Berdasarkan informasi yang diberikan oleh Alpha Motor, Wolf boleh dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti antara 75-85 kWh, dengan jarak pemanduan sehingga 443 km.

Ia juga boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah trak pikap pacuan roda depan atau semua roda, yang membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam tempoh 6.2 saat sahaja.

Kapasiti menunda pula dihadkan kepada 1,360 kg.
 

Wolf


Menurut Alpha Motor, trak pikap Wolf ini diakui masih lagi dalam peringkat awal pembangunan dan bakal memasuki fasa produksi menjelang tahun 2023.

Harga jualan dianggarkan bermula dari $36,000 sehingga $46,000 untuk model yang lebih premium.

Selain Alpha Wolf, Alpha Motor juga merancang untuk membawakan variasi trak pikap Wolf+ (extended cab) serta SuperWolf (crew cab) pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…