Terdiri daripada dua unit sahaja, pengenalan model convertible edisi khas ini dihasilkan sebagai simbolik hubungan antara Korea dengan Itali, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada tradisi dan kecantikan Korea yang unik.
Dua warna sahaja dikhususkan, iaitu Green Ocno yang melambangkan 'sentimen hangat Korea', manakala warna Blue Emera pula melambangkan kepintaran dan kebijakan.
Terdapat grafik unik yang merupakan rekaan tingkap tradisional Korea yang dilayangkan pada bahagian bonet hadapan, serta panel pada bahagian kiri dan kanan.
Sementara pada ruang enjin pula menampilkan dua unit trigram bendera Korea iaitu Geon dan Gam.
Ruang kabin Aventador S edisi khas ini didatangkan dalam warna yang terang (Bianco Leda) yang melambangkan semangat Korea.
Tiada sebarang harga jualan didedahkan oleh Lamborghini Seoul, namun yang pasti harganya tidak lah semurah yang dijangkakan.
Sebelum ini, Lamborghini Mexico turut hadir dengan empat unit Lamborghini Huracan Evo di mana setiap satunya didatangkan degnan tema yang berbeza mengikut budaya Mexico.