Lamborghini Mexico lancar empat Huracan khas bertemakan kehidupan, kematian, impian dan masa

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun operasi Lamborghini yang ke-10 di Mexico, pengeluar supercar itu menerusi pengedarnya, Grand Chelem menempah empat model Huracan yang menggambarkan tema utama di dalam budaya rakyat Mexico.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan bantuan daripada Ad Personam, setiap satu Lamborghini Huracan itu direka untuk mewakili Vita (kehidupan), Morte (kematian), Sogno (Impian) dan Tempo (masa).

Huracan Edicion Vita dilayangkan dalam warna hijau Verde Ermes yang melambangkan kehidupan, diikuti dengan rim emas Oro Elios serta kemasan ruang kabin yang mewakili matahari, serta emblem burung helang.

 


Sementara Huracan Edicion Morte pula didatangkan dengan emblem tengkorak, layangan warna biru Blu Astraeus, sebelum dikemaskan dengan aksen Bronze Serse.

Lamborghini mendakwa, gandingan warna tersebut membawakan dan meraikan pengalaman yang mampu mempersiapkan kita untuk perjalanan antara hidup dan mati.

Huracan Edicion Sogno pula menampilkan warna biru cerah Blu Symi, serta kemasan emas Oro Elios yang mampu melambangkan makhluk mitos yang terdapat dalam seni rakyat Mexico.

Ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan hitam diikuti jahitan kontras berwarna emas, serta lencana naga berkepala dua yang bertujuan untuk meraikan alam fantasi dan realiti impian yang memberikan warna dan makna dalam kehidupan.

 


Akhir sekali, Huracan Edicion Tempo didatangkan dengan warna hitam Nero Nemesis dan kemasan gangsa Bronzo Serse, diikuti dengan logo ular bersalin kulit yang melambangkan penemuan semula dengan diri sendiri yang berlaku selari dengan pergerakan masa.

Ia juga turut melambangkan hubungan selama sedekad antara Lamborghini dan Mexico.