Hongqi hadiahkan 52 kereta mewah H9 untuk atlit pingat emas Olimpik 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sukan Olimpik 2020 telah pun tamat minggu lalu, dengan negara Amerika dan China mendahului senarai membawa pulang pingat emas paling banyak, masing-masing sebanyak 39 dan 38 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai meraikan kejayaan atlit yang membawa pulang pingat emas, Hongqi menghadiahkan setiap satu atlit dengan sedan mewah saiz pertengahan Hongqi H9.
 

Hongqi H9


Ini bermakna, seramai 52 orang atlit bakal mendapat sebuah Hongqi H9 2.0T serba baharu di China dengan trim tertinggi yang bernilai 369,800 yuan (RM242,084).

Sementara 32 orang pemegang pingat perak dan 18 orang pemegang pingat gangsa pula diberikan peluang untuk menggunakan sedan Hongqi H9 tanpa sebarang caj.
 

Hongqi H9


Dari segi spesifikasi, sedan saiz pertengahan Hongqi H9 itu dilancarkan untuk melawan pesaing seperti Audi A6, BMW 5 Series dan Mercedes-Benz E-Class, dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 252 kuasa kuda dan 380 Nm.

Terdapat juga pilihan enjin yang lebih besar, iaitu nadi 3.0 liter V6 serta enjin baharu 2.5 liter bentangan V6 turbo, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan serta pacuan roda belakang.

Sumber: kuruma-news

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kumpulan perdagangan terkemuka berkata ini benar terutamanya di tengah-tengah ketegangan…
Berita Global
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou. Kawasan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…