19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Sembilan belas orang disahkan terkorban selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China, runtuh pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 18 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu, lapor Xinhua.

"Seramai 30 mangsa diberi rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil," kata pihak berkuasa di bandar Meizhou.

Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.

Kawasan runtuhan berukuran 184.3 meter persegi, menurut kerajaan Meizhou.

Lebih 500 orang terlibat dalam operasi menyelamat itu.

 

Bernama