Keputusan untuk menutup kilang ini telah dibuat pada Februari 2019 sebagai satu respon terhadap peralihan kepada kenderaan elektrik, selain menumpukan kepada pasaran yang lebih aktif.
Selain daripada 3,000 orang pekerja yang terjejas, penutupan ini secara langsung turut menghentikan produksi hot hatch Honda Civic Type R FK8R yang kini sedang menunggu masa untuk digantikan dengan generasi baharu Civic Type R pada tahun hadapan.
Pada kemuncak operasinya, kilang Swindon itu mampu menghasilkan kira-kira 680 unit kenderaan dalam masa sehari dan telah pun menghasilkan hampir empat juta kenderaan baharu sejak beroperasi pada tahun 1985.
Tapak kilang tersebut kini dijual kepada syarikat pembangunan industri yang digelar sebagai Panattoni yang memiliki kepakaran di dalam bidang logistik.
Sumber: Mirror UK