Tesla Model Y Standard Range - cuma wujud di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Mempunyai pasaran yang besar memang membolehkan China mempunyai pelbagai varian yang istimewa khusus untuk mereka sendiri.

Tesla contohnya telah melancarkan Model Y SR (Standard Range) untuk SUV elektrik mereka bagi pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina di kilang mega Tesla di China, Model Y SR ini akan mula dihantar ke pemiliknya dalam bulan Ogos nanti.

Model Y SR berharga dari US$45,030, sebelum insentif kerajaan China yang akan menurunkan harganya hampir kepada US$42,585).  Model Y Long Range dan Performance pula berharga dari US$53,680 dan US$58,310 (sebelum subsidi).

Beza utama antara SR dan Long Range ialah penggunaan bateri lithium iron phosphate dari CATL, syarikat bateri China. SR juga hanya menggunakan satu motor elektrik di belakang, berbanding dengan dua pada Long Range.

Model Y SR mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 5.6 saat, berbanding dengan 5.0 saat untuk varian Long Range.

 

interior of tesla Model Y

 

Dari segi jarak perjalanan untuk satu caj penuh, SR masih mampu mencapai 525 km (menurut standard ujian kerajaan China). Ia cuma 69 km lebih pendek dari varian Long Range.

Jualan Tesla yang dibuat di kilang mereka di China untuk lima bulan pertama 2021 ialah sebanyak 103,253 unit (menurut laporan Suruhanjaya Pengawasan Insurans China). Ini termasuk 103,253 unit Model 3 dan 35,057 unit Model Y.

Soalan dari kami ialah, adakah ini bentuk sebuah SUV? Apa pendapat anda? 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…