Tesla bakal hentikan lebih 6,000 pekerja di Texas dan California

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tesla bakal memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California selepas mengumumkan pengurangan lebih 10 peratus tenaga kerja global susulan tekanan penurunan jualan dan perang harga yang semakin sengit dalam kalangan pembuat kenderaan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk dijangka menggariskan strategi untuk menangani permintaan yang perlahan dan penurunan margin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan di California dan 2,688 jawatan di Texas, mulai 14 Jun ini.

Di bawah undang-undang buruh Amerika Syarikat, syarikat yang mempunyai 100 atau lebih pekerja perlu memaklumkan 60 hari lebih awal penutupan atau pemberhentian kerja yang dirancang.

Pengurangan kerja di Texas mewakili 12 peratus daripada jumlah tenaga kerja Tesla sebanyak 22,777 di kawasan Austin

Pemotongan pekerjaan global akan merangkumi 285 pekerja di premis Buffalo, New York yang menempatkan pasukan pelabelan untuk perisian bantuan pemandu autopilotnya yang membuat peralatan pengecasan pantas.

Bilangan pekerja Tesla berjumlah lebih daripada 140,000 pada akhir tahun lepas, meningkat daripada sekitar 100,000 pada akhir 2021, menurut pemfailan syarikat kepada pengawal selia AS.

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…