Tiga seteru utama bekerjasama bina stesen caj untuk lori

oleh HEZERI SAMSURI|
Tiga syarikat gergasi pembuat trak Eropah, Daimler Trucks, Ab Volvo dan Traton (MAN, Scania, Navistar, VW Commercial dan Sinotruk) telah mengenepikan persaingan perniagaan mereka untuk bekerjasama dalam mewujudkan rangkaian stesen pengecaj untuk trak dan bas elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rangkaian pengecaj elektrik adalah antara halangan utama untuk mewujudkan penggunaan trak dan bas elektrik secara besar-besaran.

Pelaburan sebanyak 500 juta Euro itu akan dikongsi ketiga-tiga syarikat dan ketiga-tiganya akan mempunyai saham yang sama banyak.

Rangkaian pengecaj itu dijangka akan mula beroperasi seawal tahun 2022 dan sasaran mereka ialah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 1,700 stesen pengecaj dalam lima tahun akan datang.

Syarikat kerjasama itu akan berpengkalan di Amsterdam dan ia akan terus mencari rakan kongsi strategik dan dana awam.

 

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…