Dibina secara one-off, Mustang Mach-E 1400 didatangkan dengan tujuh unit motor elektrik yang menghasilkan angka output berjumlah 1,400 hp, dengan sistem aerodinamik yang mampu menjana daya turun seberat 1,179 kg pada kelajuan 257 km/j.
Kehebatan jentera Mustang elektrik berkuasa 1,400 hp ini juga turut dirasai sendiri oleh CEO Ford, Jim Farley yang turun padang bersama-sama drifter professional, Vaughn Gittin Jr (yang dulu pernah kalah kepada Tengku Djan).
Malangnya, hari bersejarah ini tidak disertai dengan video lengkap, melainkan sebuah rakaman pendek berdurasi 15 saat yang memperlihatkan pergerakan Mustang Mach-E 1400 disertai dengan bunyi palsu elektrik.
Namun, menurut hantaran di FB Vaugn Gittin Jr, beliau berkesempatan untuk melakukan aksi drift bersama-sama CEO Ford dan menyifatkan Jim Farley sebagai seorang individu 'Fun-Haver' yang sebenar.
Teringat pula salah satu babak yang dipaparkan dalam filem Ford v. Ferrari, di mana Carroll Shelby cuba membawa Henry Ford II merasai sendiri prototaip Ford GT40 sehinggakan Henry Ford II menangis teresak-esak.