Honda bangunkan sistem Clutch-by-Wire

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi sedia ada seperti sistem throttle-by-wire dan unit pengukuran inersia (IMU) sudah cukup menyenangkan para penunggang motosikal dengan kehadiran ciri keselamatan serta mod tunggangan yang boleh dipilih bergantung kepada keadaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun Honda baru-baru ini diberitakan sedang membangunkan sistem clutch-by-wire dengan penggunaan penderia dan aktuator berbanding tetapan kabel atau hidraulik pada motosikal masa kini.

Merujuk kepada lukisan paten yang diperoleh, ia memaparkan penggunaan klac tangan yang sama seperti model tradisional, namun terdapat unit kawalan tekanan hidraulik yang bertindak sebagai 'jantung' kepada sistem ini.

 

 


Segala data seperti kedudukan gear, putaran enjin, kedudukan pendikit, dan kelajuan motosikal akan dianalisa supaya penunggang dapat merasai penukaran gear yang lebih lancar terutama ketika kelajuan rendah.

Ciri yang sangat berguna untuk penunggang-penunggang yang baharu berjinak dengan penggunaan klac tangan.

Manakala untuk penunggang yang veteran, Honda turut menyediakan butang kawalan khas yang mampu memberikan perasaan yang sama ketika menggunakan klac tangan konvensional.

Mungkin dalam masa terdekat kita boleh dapat melihat aplikasi penggunaannya dalam dunia sebenar.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…