Menurut laporan daripada Bernama, laporan itu akan merangkumi cadangan-cadangan ke arah menambah baik keselamatan pengangkutan awam dan menghalang insiden sama daripada berulang.
"Hasrat kerajaan adalah untuk berterusan mencari cara terbaik bagi menambah baik aspek keselamatan pengangkutan awam bagi pengguna sebagai keutamaan tertinggi," ujarnya.
Terdahulu, satu jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dibentuk sejurus selepas kejadian.
Jawatankuasa ini diberikan masa selama 14 hari untuk melengkapkan siasatan yang merangkumi dokumen, data, prosedur operasi standard (SOP), serta mengakses data rakaman litar tertutup dan temuramah dengan mereka yang terlibat sebelum memaklumkannya kepada kabinet.
Insiden yang berlaku pada jam 8.33 malam 24 Mei itu menyaksikan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan LRT KLCC.
Sumber: Bernama