Industri itu telah diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Perlu sejak PKP dahulu kerana ia menjadi sokongan kepada perkhidmatan-perkhidmatan lain yang perlu beroperasi semasa Penutupan Penuh Ekonomi dan Sosial.
Menurut beberapa pengusaha pusat servis dan bengkel yang dihubungi oleh Careta, mereka sudah mula boleh mencetak surat kebenaran operasi mereka sejak pagi tadi.
Sebelum ini ramai mengadu tidak dapat mencetak surat tersebut dan risau akan amaran pihak polis di mana surat lama MITI tidak boleh diterima pakai lagi menjelang esok (4 Jun).
Menurut sumber Careta, sistem CIMS yang dibangunkan oleh MITI itu kini beroperasi seperti apa yang sepatutnya, di mana setiap surat kebenaran diluluskan oleh kementerian yang terbabit.
Untuk pusat servis dan bengkel, ia adalah perhidmatan di bawah KPDNHEP.
Bagi pemilik kenderaan yang benar-benar perlu melakukan servis berkala atau kecemasan, sila hubungi pusat servis berkaitan.
Untuk yang risaukan tentang waranti pula, hubungi syarikat kenderaan anda untuk meminta tambahan masa jika tidak mahu menghantar kenderaan untuk diservis.
Di bawah ialah HotLine MITI untuk mana-mana yang mempunyai masalah atau aduan.