Tak puas hati, pelanggan bakar tiga kereta di bengkel mekanik

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berang kerana mekaniknya kerap menunda tempoh menyiapkan kenderaan yang rosak, seorang lelaki telah bertindak dengan membakar tiga buah kenderaan di bengkel milik mekanik tersebut di Shah Alam semalam.

Menurut laporan The Star, saspek dilihat tengah malam semalam menyimbah petrol ke kenderaan-kenderaan tersebut dan pada jam 4.27 pagi, pihak polis menerima aduan mengenai kebakaran.

Polis kemudian memburu saspek selepas menerima maklumat dan menahan beliau yang sedang memandu seorang diri di Jalan Bukit Kemuning.

Lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan marah kerana keretanya masih tidak disiapkan oleh mekanik yang asyik membuat tundaan tarikh.

Saspek akan ditahan reman sehingga hari ini.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…