Namun, apa yang bakal dibawakan oleh Prior Design mampu mengubah imej feminin Golf Mk8 menjadi lebih jantan dan gagah di atas jalan raya.
Perubahan dimulakan daripada bahagian bampar hadapan, di mana Prior Design telah mengemaskini rekaan tersebut dengan splitter yang dipanjangkan.
Perubahan yang ketara adalah pertambahan dimensi lebar yang ketara pada bahagian arca roda dan boleh menempatkan rim aftermarket yang lebih lebar.
Jarak kelegaan tanah juga turut direndahkan bagi menampakkan stance yang lebih gagah.
Sementara bahagian belakang pula mendapat rekaan bampar baharu dengan diffuser agresif terbina, serta spoiler bumbung yang lebih ganas.
Setakat ini, tiada sebarang petunjuk bilakah kit badan lebar Prior Design ini akan dilancarkan.