Liberty Walk tampil dengan ubahsuai Lamborghini Countach, lebar dan agresif!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menghasilkan pakej ubahsuai yang lebar (dan ekstrem) untuk model-model kenderaan moden, Liberty Walk juga 'sangat pakar' dalam menaikkan kemarahan golongan 'purist'.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar.
 

Countach


Tahun ini, pendekatan yang sama diulang semula, akan tetapi mereka menggunakan sebuah lagi supercar klasik berbentuk baji, iaitu Lamborghin Countach.

Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, Countach klasik itu telah dipadankan dengan fender flare yang agak lebar, splitter depan yang lebih menonjol, bampar dengan tiga bukaan yang besar, diikuti dengan sirip canard pada penghujung bampar.
 

countach


Disebalik fender flare yang bersegi itu, Liberty Walk memasang rim Rohana Forged yang dibaluti tayar Toyo.

Sayap belakang asal Countach telah digantikan dengan sayap yang lebih lebar, dan struktur tiang yang disambungkan terus ke bahagian bawah bampar belakang.
 

countach


Akhir sekali, bahagian tersebut menampilkan struktur diffuser yang besar, diikuti dengan empat tip ekzos yang menghala ke atas.

Anda mungkin perlu menjadi sang pemberani untuk bertanyakan kos ubahsuai memandangkan di laman web rasmi Liberty Walk, tiada sebarang harga dipaparkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sebanyak 112 unit sahaja yang diproduksikan, dan seperti yang dijangka kesemua unit tersebut telah…