Dua warna baharu itu ialah Power-Grey dan Icon Grey dan kedua-dua mempunyai perbezaan dari segi grafik, walaupun sedikit tetapi nampak berbeza.
Dari segi teknikal, tidak ada perubahan. Ia masih dijana oleh enjin sejukan cecair 4-lejang SOHC 4-injap sebesar 155cc dengan kuasa maksimum 15.4 PS dan 13.9 Nm.
Brek depan belakang ialah dari jenis cakera 230 mm tanpa ABS dan tayar juga ialah dari jenis tubeless.
Untuk warna NMAX 2021 Power Grey, ia hampir kepada warna Xmax dan tidak ada grafik 155 di hadapan. Roda aloi pula ialah warna hitam biasa.
Setiap pembelian akan menerima kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100. Harga kekal RM8,998 (tidak termasuk insuran dan kos pendaftaran) untuk semua warna Nmax.
Careta tak terkejut jika pengedar akan menaikan harga untuk varian warna Icon Grey jika permintaan melambung.
Anda sudah boleh melihat warna-warna ini di pengedar-pengedar rasmi Yamaha.