Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu bapanya dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kedah.
Katanya, tiba di tempat kejadian, SUV itu hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke bawah jambatan.
"Akibatnya, bapa mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dada dan ibunya pula parah di bahagian kepala dan di hantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
"Anaknya itu yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pula disahkan meninggal dunia 3.35 petang ketika mendapat rawatan di HRPB," katanya dalam satu kenyataan media.
Wan Azharuddin berkata akibat kejadian, SUV berwarna kelabu yang dinaiki oleh tiga beranak itu rosak keseluruhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.