"Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun ini dikeluarkan selepas beberapa kali diberi nasihat namun masih ingkar," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Rohan Shah berkata polis dan pejabat kesihatan memandang serius tahap pematuhan SOP penduduk daerah Lahad Datu dalam memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani.
"Negara kini berhadapan dengan varian baharu COVID-19 yang kesannya lebih agresif dan kita tidak mahu pelaksanaan SOP di Lahad Datu ini dipandang enteng, diambil mudah," katanya.