Mangsa, Muhammad Aiman Mazman, 26 tahun yang beralamat di Gombak, Kuala Lumpur mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.15 petang.
“Siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang datang dari arah Sungai Petani, Kedah menghala ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya di sebelah kanan.
“Kereta tersebut berpusing dan terbabas ke lorong kiri lalu melanggar lori ayam di bahagian belakang sebelah kiri,” katanya.
Menurut Superintendan Mazuki, akibat daripada perlanggaran tersebut, pelajar lelaki terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.
Katanya, penumpang kereta yang juga seorang pelajar IPTS mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala pemandu lori ayam terbabit pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.
Mayat mangsa yang meninggal dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar