Menurut laporan daripada Berita Harian, Kementerian itu menerusi laman rasmi Twitter memberitahu dokumen yang diperlukan hanyalah surat MITI, surat majikan serta pas pekerja.
"Surat MITI ini juga tidak perlu dicop oleh PDRM. Rakan sekerja kami di PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga maklum," tambahnya lagi.
Kenyataan ini dibuat selepas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara tidak dibenarkan sehingga 6 Jun ini.
Namun begitu, syarikat dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, surat COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) yang sedia ada boleh digunakan namun MITI menyarankan pekerja memuat turun surat baharu bagi mengelakkan isu berbangkit dengan pihak berkuasa.
Sumber: Berita Harian