Rentas negeri dan daerah punca kes COVID-19 naik di Terengganu

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kedegilan masyarakat melakukan rentas negeri dan daerah dikenal pasti punca kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan negeri Dr Alias Razak berkata. pihaknya kecewa apabila penduduk yang bergejala masih pergi ke beberapa lokasi termasuk menghadiri majlis sosial sebelum disahkan positif Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan positif wabak itu.

 

"Majoriti peningkatan positif Covid-19 di negeri ini berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan daerah.

"Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan terdapat varian baharu yang boleh berjangkit melalui udara," katanya melalui pesanan WhatsApp, semalam.

 

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata, kerajaan sedang menunggu pengesahan kemungkinan sama ada ia membabitkan varian Delta.

 

"Seluruh rakyat di negeri ini diminta sentiasa mengutamakan pematuhan prosedur operasi stadard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan 267 kes baharu positif Covid-19 membabitkan tiga kematian dilaporkan, semalam.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 251 kes membabitkan penularan tempatan, kes import B (lima), import C (dua) manakala sembilan kes membabitkan Orang Kena Tahan (OKT).

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…