Katanya, selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, beliau terkejut apabila melihat kereta peronda menghalang laluan kenderaan dari hadapan masjid ke arah Maybank Bangsar Baru.
"Saya bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat sejumlah kesan retakan di atas Jalan Maarof di antara Public Bank dan Maybank.
"Turut kelihatan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas dan menyiasat kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya berkemungkinan ribut petir dan hujan lebat sekitar jam 9 malam tadi mengakibatkan jumlah air yang mengalir di longkang di bawah hentian bas Bank Rakyat meningkat dengan mendadak.
"Ia berkemungkinan mengakibatkan dinding longkang itu jatuh dan air mengalir terlalu deras ke arah jalan berturap.
"Berkemungkinan juga air yang mengalir ini 'tembus' di permukaan Jalan Maarof di beberapa lokasi yang akhirnya mengakibatkan kerosakan jalan," katanya.
Fahmi berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat dan kerja membaik pulih jalan itu akan dilakukan segera.