Jalan mendap di Bangsar - DBKL pantas turun bertindak

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejadian tanah mendap akibat hakisan air hujan di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi telah dibaiki dan telah dibuka untuk laluan awam.

Menurut status Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kejadian jalan rosak akibat tanah mendap itu dlaporkan berlaku semalam pada jam 10.00 malam. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DBKL kemudian terus menutup laluan tersebut untuk semua lalulintas sehingga jam 5.00 pagi tadi untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara dilakukan.

Namun begitu, hanya dua lorong (selepas Public Bank ke lampu isyarat) yang dibuka semula semetara satu lagi lorong akan ditutup selama dua minggu untuk proses perobohan hentian bas untuk membaiki longkang dan jalanraya.

Hujan lebat yang berlaku semalam menyebabkan berlaku mendapan di permukaan jalanraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…