Pelancaran model naked KTM 200 Duke ini mengambil tempat bersempena dengan The Duke Rally Night yang diadakan di Terminal Feri, Georgetown, Pulau Pinang yang mengumpulkan 150 peserta yang terdiri daripada VVIP, para pengedar serta ahli kelab KTM.
KTM 200 Duke dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 200cc yang menghasilkan 26 kuasa kuda dan 19.5 Nm @ 8,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Antara ciri menarik yang dimuatkan termasuklah sistem suspensi daripada WP Suspension, brek BYBRE cakera depan dan belakang dengan sistem ABS saluran tunggal, serta penampilan yang agresif.
Harga jualan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM12,888.