KTM Malaysia lancar model RC200, 890 Duke R, 890 Adventure, di pasaran bermula September 2022

oleh Mohamad Hanif|
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd selaku pengimport motosikal KTM melancarkan tiga buah model, iaitu KTM RC 200, KTM 890 Duke R dan KTM 890 Adventure.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, ketiga-tiga model ini boleh didapati bermula September 2022.

KTM RC 200

Model yang diinspirasikan daripada jentera lumba KTM RC16 ini dijana dengan enjin silinder tunggal 200 cc dengan sistem pemetaan yang dikemaskini.

Ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 25 hp dan daya kilas 19.5 Nm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Antara pembaharuan yang dibuat adalah rekaan pelana baharu yang memberikan keselesaan tunggangan.

Sistem brek ByBre digunakan dengan rotor cakera 320 mm di depan dan rotor bersaiz 230 mm di belakang.

Harga jualan dari RM15,888

KTM 890 Duke R

Duke R


Motosikal kategori naked 890 Duke R ini menggunakan enjin parallel twin bersesaran 880 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 121 hp dan daya kilas 99 Nm.

Ia menggunakan suspensi WP Apex 43 mm di depan, diikuti dengan penyerap hentak tunggal WP Apex di bahagian belakang.

Sistem brek pula menggunakan Brembo Stylema dengan rotor bersaiz 320 mm di depan, rotor 240 mm di bahagian belakang yang dibantu dengan sistem ABS Bosch 9.1 MP yang turut merangkumi Cornering-ABS dan mod Super Moto.

Ia juga turut dilengkapi sistem penderia 6D Lean Angle yang digunakan untuk kawalan cengkaman tayar.

Harga jualan KTM 890 Duke R bermula dari RM75,800.

 

KTM 890 Adventure

890


Jentera kategori adventure ini didatangkan dengan nadi 889 cc yang sama, namun dengan talaan kuasa 103 hp dan daya kilas 100 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

890 Adventure menggunakan kerangka keluli chromium-molybdenum yang dibantu dengan sisten suspensi WP Apex USD 43 mm di depan, dan penyerap hentak tunggal WP Apex di bahagian belakang.

Kapasiti tangki adalah sebesar 20 liter sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 830 mm.

Sebagai sebuah jentera adventure, 890 Adventure ini turut didatangkan dengan mod tunggangan Offroad Ride, Street, Rain dan juga Rally.

harga jualan KTM 890 Adventure bermula dari RM96,800.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
GasGas MC 250 F Model MC 250F menggunakan enjin silinder tunggal bersesaran 249.9 cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Menggunakan kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Norden 901 menjanjikan pengalaman…