Toyota Yaris Cross Adventure dilancarkan - rekaan luaran yang lebih ranggi

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai setahun dilancarkan di peringkat global, Toyota baru-baru ini melancarkan sebuah lagi varian baharu untuk Yaris Cross dengan pengenalan Yaris Cross Adventure untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Yaris Cross Adventure masih lagi menggunapakai pelantar TNGA (Toyota New Global Architecture), akan tetapi ia didatangkan dengan beberapa kemasan yang menjadikan penampilannya lebih agresif dan ranggi.

 


Ia terdiri daripada bampar hadapan baharu dengan rekaan yang lebih ke arah pemanduan off-road, bampar belakang dengan trim baharu, set rim aloi bersaiz 18 inci dan pemasangan rel bumbung berwarna perak.

Kemasan dalaman pula merangkumi headliner berwarna hitam, trim piano black, rekaan unik seakan kulit pada tempat duduk, dan dekorasi Warm Gold pada papan pemuka dan panel pintu.

 


Untuk varian yang lebih premium, pembeli boleh mendapatkan varian mercu Premiere Edition yang menambah upholsteri kulit, pintu tailgate berkuasa dengan penderia tendangan, paparan head-up, kombinasi warna dua tona dan rim aloi bespoke bersaiz 18 inci.

Namun dari segi kuasa, Yaris Cross masih lagi mengekalkan penggunaan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson dan bantuan motor elektrik yang berupaya menghasilkan 114 kuasa kuda, sistem pacuan semua roda pintar dan beberapa mod pemanduan termasuklah Snow & Trail.

 


Tidak seperti kebanyakan pasaran Eropah, Toyota Yaris Cross Adventure ini bakal menggunakan nama Yaris Cross Dynamic dan Yaris Cross Dynamic Premiere Edition untuk pasaran UK.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…