"Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.
Menurut kementerian itu lagi, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Terdahulu, dua dilaporkan cedera manakala tiga lagi terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.25 pagi itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi.
"Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dengan lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.
"Lima mangsa yang terbabit dalam insiden itu dalam keadaan stabil dan helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran," katanya.