“Berikutan insiden yang berlaku baru-baru ini, pesawat yang menggunakan enjin berkenaan akan digantung sementara daripada memasuki ruang udara United Kingdom,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Dalam pada itu, Grant Shapps turut menjelaskan tiada sebarang penggunaan enjin jenis tersebut yang digunakan oleh negaranya.
“Enjin tersebut tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan United Kingdom dan hanya dikendailkan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan.
“Difahamkan pihak berkuasa juga telah menghentikan penggunaan enjin tersebut,” katanya lagi.
Baru-baru ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.
Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.
Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa kawasan perumahan di sekitar Colorado.
Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan pada Isnin untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden tersebut.
Penggantungan itu membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.