Landasan lapangan terbang Subang ditutup sementara kerana pesawat TUDM terbabas

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) telah mengeluar arahan untuk menutup landasan kapal terbang di lapangan terbang Suktan Abdul Aziz Shah di Subang kerana operasi untuk mengalihkan pesawat yang terbabas.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft Super King Air B200T milik TUDM yang melakukan pendaratan kecemasan tengahari tadi kerana salah satu peralatan pendaratan (landing gear) gagal untuk berfungsi.

Malaysia Airports mengumumkan tidak ada sebarang kecederaan dalam insiden tersebut dan terminal masih dibuka seperti biasa.

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan…
Informasi
Penerbangan pertama AK4102 dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.25 pagi dan telah tiba di…
Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…