Tujuh petugas kaunter JPJ direman atas urusan cukai jalanan LKM bernilai RM3.1 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Astro Awani
Tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan Cukai Jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat.

 

Mereka yang direman terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 42 tahun yang merupakan petugas kaunter yang bertugas di JPJ Johor.

 

Semua kakitangan yang ditahan itu dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan Cukai Jalan LKM membabitkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta di antara Julai hingga Disember 2019.

 

Kesemua ditahan antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…