Insentif EV: Malaysia ketinggalan jauh di belakang Indonesia, Singapura & Thailand!

oleh Mohamad Hanif|
Satu hakikat pahit yang perlu kita telan adalah Malaysia sebenarnya sudah pun ketinggalan jauh di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura di dalam perlumbaan insentif kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada Maybank Investment Research Bank Research, majoriti negara ASEAN sedang aktif merangka perancangan strategik bagi menarik lebih banyak projek mega, pelaburan dan infrastruktur berkaitan EV.

Dalam laporan itu lagi, Thailand, Singapura dan INdonesia kini berada di hadapan dengan memperkenalkan pelbagai insentif, sementara Malaysia dan Filipina pula masih lagi memfokuskan kepada enjin pembakaran dalaman.

Menurut Maybank IB Research lagi, kerajaan Thailand kini sedang berusaha untuk menjadikan negara itu sebagai hab EV ASEAN menjelang tahun 2025, dan mempunyai sasaran untuk menghasilkan kira-kira 250,000 EV, 3,000 bas elektrik dan 53,000 motosikal elektrik.

Malah, Thailand mensasarkan untuk meningkatkan pegangan pasaran EV di dalam segmen produksi domestik berjumlah 2.5 juta unit kepada 30 peratus, atau 750,000 unit menjelang tahun 2030, dan 1.2 juta unit menjelang tahun 2036.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Thailand juga turut memperkenalkan insentif seperti pengecualian cukai selama lapan tahun untuk mana-mana projek EV bernilai 5 billion baht (RM673 juta) atau lebih, serta percutian cukai kepada rantaian bekalan EV, terutama bagi pengeluar modul bateri dan sel bateri.

 


Sementara Indonesia pula mensasarkan 20 peratus minimum daripada kenderaan terdiri daripada EV menjelang tahun 2025.

Sebagai sebuah pengeluar bahan nikel terbesar di dunia, Indonesia telah pun berjaya menarik pelabur besar seperti Toyota, Hyundai, Contemporary Amperex Tech (CATL), dan kini sedang mengejar pelaburan daripada Tesla dan LG Chem.

Singapura pula dilaporkan akan menghentikan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2040, selain melabur kira-kira S$30 juta (RM92 juta) untuk insentif berkaitan EV untuk tempoh lima tahun akan datang.

Untuk menggalakkan lagi pembelian EV, kerajaan Singapura akan menurunkan lagi perbezaan antara EV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman dengan merendahkan cukai Additional Registration Fee (ARF) kepada sifar untuk EV bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023.

 


Selain daripada itu, Singapura juga dilaporkan akan menyemak semula struktur cukai jalan, selain mensasarkan pembinaan sehingga 60,000 poin pengecasan menjelang tahun 2030.

Pada ketika ini, Singapura memiliki kira-kira 1,600 unit poin pengecasan di seluruh negara.

Hyundai juga akan melaburkan sejumlah wang S$400 juta (RM1.22 billion) untuk membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk fasiliti produksi EV berskala kecil dengan kapasiti 30,000 unit setahun menjelang tahun 2025 di negara jiran Johor itu.

Sementara itu, Dasar Automotif Nasional (NAP) yang sebelum ini tertangguh selama beberapa bulan itu tidak menyentuh secara spesifik pelaksanaan EV atau insentif kepada pemain industri, sebaliknya memberikan tumpuan kepada beberapa aspek seperti kenderaan generasi berikutnya (NxGV), Mobiliti sebagai sebuah perkhidmatan (Maas), dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan garis masa untuk tempoh 10 tahun (2020-2030).

Menurut Maybank IB Research lagi, Filipina juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas di dalam pelan pelaksanaan EV di negara tersebut.

Sumber: The Borneo Post

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang berlangsung pada 20 dan 21 April lalu, telah menyaksikan pemandu pasukan Ng Aik Sha…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…