MALAYSIA UNGGUL DALAM PERLUMBAAN DI TAIWAN

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini pasukan bawah kendalian Jagjeet Singh, Team Malaysia Gymkhana telah menunjukkan prestasi cemerlang mereka di acara Taiwan International Gymkhana Prize (TIGP) 2024.

Perlumbaan yang berlangsung pada 20 dan 21 April lalu, telah menyaksikan pemandu pasukan Ng Aik Sha, Amaresh Chowdhury dan Mitch Chong merangkul kemenangan dalam kategori Beregu Campuran dan solo wanita.

 

TIGP

 

Sebagai bonus, MALAYSIA turut dinobatkan sebagai juara pasukan.

Team Malaysia Gymkhana kini akan memberi tumpuan untuk bersaing pada acara Kejuaraan Asia Auto Gymkhana (AAGC) di Korea dan di Sukan Permotoran Dunia FIA di Sepanyol masing-masing pada Jun dan Oktober.

 

TIGP

 

Pada tahun ini 48 pemandu profesional dari 14 negara bersaing untuk mengungguli TIGP anjuran Chinese Taipei Motor Sports (CTMS) yang kembali semula selepas hiatus selama empat tahun.

Di dalam perlumbaan ini juga, kesemua pelumba dari semua negara menggunakan kereta model yang sama iaitu  Toyota Altis GR Sport.

 

TIGP

 

 

SUMBER : FB VOCKET CAR

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau berkata pendirian tersebut akan dikekalkan. "Kami tidak mengenakan tol. Kita semua adalah…
Informasi
Sementara itu, Thailand bergantung kepada Dana Minyak Bahan Api (Oil Fuel Fund) bagi menampan harga…
Model Terbaharu
Dari segi rekabentuk, CS8 ialah sebuah kereta sport dua pintu "coupe" dengan ruang but 252 liter…