Kelibat Nissan Navara facelift dikesan di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran rasmi trak pikap Nissan Navara 2021 facelift di peringkat global, kelibat model tersebut telah pun dilihat muncul di Malaysia baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada Facebook Kelab Navara NP300 Malaysia (kredit kepada Raymond Lok Twe), unit tersebut dikesan disimpan di dalam depoh berpagar yang terletak di Semenyih Hi-Tech Industrial Park.

Setakat ini, pihak Careta masih lagi belum mendapat apa-apa informasi berhubung tarikh pelancaran sebenar model facelift trak pikap ini.

 


Nissan Navara 2021 dilancarkan pada penghujung tahun yang lalu, membawakan perubahan rekaan yang agak ketara dan lebih sporti jika dibandingkan dengan model terdahulu.

Apa yang lebih menyerlah adalah reka bentuk muka hadapan yang dilihat seakan abangnya yang lebih besar (Nissan Titan), rekaan lampu nyalaan siang berbentuk C dan grafik lampu belakang LED berbentuk C.

 


Tiada sebarang perubahan kuasa dibawakan pada Nissan Navara 2021 facelift, sebaliknya masih lagi kekal dengan enjin 2.3 liter empat silinder sebaris yang menghasilkan 188 hp dan 450 Nm, serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik tujuh kelajuan.

Nissan Navara 2021 turut mendapat sebuah lagi varian baharu yang berorientasikan off-road, iaitu Navara PRO-4X 4WD dengan penampilkan elemen berwarna hitam, diikuti rim bersaiz 17 inci dan tayar all-terrain.

 


Sama-sama kita tunggu detik pelancaran rasmi trak pikap yang bakal memberikan saingan kepada Mitsubishi Triton, Ford Ranger, dan Toyota Hilux.

Baca: Nissan Navara 2021 facelift dilancarkan dengan penggayaan trak pikap Amerika