Nissan Navara 2021 facelift dengan penggayaan trak pikap Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Nissan akhirnya secara rasmi memperlihatkan versi facelift trak pikap Nissan Navara bertempat di Bangkok, Thailand hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diperlihatkan menerusi video teaser dan gambar yang tertiris, rupa luaran Nissan Navara kini dihiasi dengan elemen yang biasa didatangkan pada trak pikap Amerika Nissan Titan dimulakan dengan rekaan gril interlock yang lebih besar.

Unit lampu utama juga kini didatangkan dengan lampu nyalaan siang berbentuk C, diikuti dengan grafik pada lampu belakang.

 


Di bahagian sisi, Nissan turut mendatangkan sedikit kemaskini terhadap komponen wheel arch flare, serta kemasan pada tempat pemijak sisi untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik, mengurangkan bunyi bising angin serta meningkatkan kadar penjimatan bahan api.

Aspek keselamatan Nissan Navara turut dipertingkatkan dengan ciri standard Nissan Intelligent Mobility termasuklah amaran pelanggaran hadapan (IFCW), brek kecemasan (IEB), serta sistem pemantauan keadaan sekeliling (IAVM) yang menggunakan empat unit kamera.

 


Ciri-ciri lain seperti amaran keluar laluan, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta amaran tumpuan pemandu (IDA) yang mampu mengesan perubahan stail pemanduan sebelum memberikan isyarat berbentuk visual dan audio.

Ia melengkapi ciri keselamatan pasif yang didatangkan seperti ABS, kawalan dinamik kenderaan (VDC), serta sistem Active Brake Limited Slip Differential (ABLS) yang akan diaktifkan dalam mod pemanduan empat roda bagi memastikan pengedaran kuasa dan brek kepada gandar depan dan belakang adalah optimum bergantung kepada kelajuan dan kadar cengkaman.

 


Perubahan bukan sahaja dibuat di bahagian kosmetik, akan tetapi ia juga tertumpu kepada aspek mekanikal di mana Nissan telah meningkatkan kekuatan gandar belakang, menambah muatan ruang kargo serta ciri tempat pemijak terbina pada bumper belakang.

Selain daripada itu, Nissan turut menala kembali sistem gantungan trak pikap ini serta rak stereng baharu yang dikatakan mampu meningkatkan tahap pengendalian dan respons, selain mengurangkan gegaran.

 


Sementara kadar keselesaan ruang dalaman pula dipertingkatkan dengan penggunaan insulasi penebat bunyi, serta cermin windscreen berlaminasi bagi mengurangkan kebisingan dan tahap tekanan kepada pemandu dan penumpang.

Roda stereng juga adalah seba baharu, manakala rekaan papan pemuka pula menampilkan skrin navigasi bersaiz lapan inci, serta skrin resolusi tinggi TFT tujuh inci di hadapan pemandu.

Tempat duduk belakang kini lebih selesa dengan naiktaraf kepada bahagian kusyen serta bentuk perehat belakang, selain terdapat ciri perehat tangan dengan slot barangan untuk meletakkan peranti pintar atau botol minuman.

 


Varian baharu kepada Nissan Navara facelift adalah Navara PRO-4X yang hadir dengan rekaan yang lebih tersendiri dan altetik, seperti contoh penggunaan emblem Nissan, bumper depan, gril, pemegang pintu, rak bumbung dan running board didatangkan dalam warna hitam.

Elemen warna gelap itu diteruskan pada rim bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar all-terrain.

 


Penggunaan warna gelap tersebut dikontraskan dengan aksen merah jingga yang terdapat pada beberapa bahagian seperti arca roda, bumper hadapan, serta tulisan Nissan pada gril hadapan.

Tiada sebarang naiktaraf diberikan terhadap trenkuasa, bermakna Nissan Navara 2021 masih kekal dengan enjin 2.3 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 188 hp dan 450 Nm serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik tujuh nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…