Jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph menggunakan sistem pergerakan Calbre Heuer 02 yang memiliki simpanan tenaga selama 80 jam, dan dilindungi oleh casis 44 mm.
Permukaan dial jam tangan ini mempunyai tekstur yang tersendiri seakan permukaan aspal, dan fon nombor yang digunakan adalah menyamai apa yang dipaparkan pada papan pemuka model-model Porsche.
Terdapat tiga subdial pada posisi jam tiga, enam dan sembilan, di mana masing-masing memaparkan bacaan minit, saat dan jam, manakala paparan tarikh pula boleh dilihat pada bahagian bawah subdial jam enam.
Bahagian belakang jam tangan ini pula menampilkan case back bersifat jernih yang menawarkan pemandangan pergerakan jam tangan dan mekanisme automatic winding, diakhiri dengan rekaan tiga jejari yang biasa dilihat pada roda stereng Porsche.
Bagi mereka yang berminat, jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph ini dijual pada harga bermula dari $5,850 (RM23,649).