Selain itu, dua Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) untuk pemilik Ford Ranger sedia ada turut diperkenalkan.
Menawarkan para pelanggan dengan nilai tambahan, kesemua model Ford Ranger Buatan 2021 ke atas didatangkan dengan waranti pengeluar 5 tahun atau 160,000km (yang mana terdahalu) – tambahan 2 tahun bagi waranti 3 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) yang ditawar sebelum ini.
Selain itu, pemilik Ford Ranger sedia ada yang masih memiliki waranti 3 tahun mempunyai pilihan untuk membeli Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah.
Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun untuk lebih daripada 1,000 komponen, manakala pelan PowertrainCARE menawarkan waranti lanjutan selama dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.
Untuk maklumat lebih lanjut bagi Waranti 5 Tahun1 dan Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) atau pun berita terbaharu tentang Ford, sila layari www.sdacford.com.my