Ford-SDAC tawar diskaun servis penyelenggaraan 20 peratus bermula 1 Disember-15 Februari 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan hujung tahun dan sambutan Tahun Baru Cina, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi servis bermula 1 Disember hingga 15 Februari 2022.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih, dan 10 peratus diskaun untuk pakej upah penukaran minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan.

Pelanggan yang mendapatkan pakej tambahan minyak pelincir dengan tambahan RM40 untuk mana-mana alat ganti akan menerima pelitup muka berjenama Ford eksklusif secara percuma.

Untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan, pelanggan yang membuat pembelian tambahan bernilai RM500 pula akan mendapat beg anyam denim eksklusif beserta pelitup muka Ford.

Selain itu, pelanggan juga turut berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27 mata secara percuma.

Temujanji servis boleh dibuat menerusi laman web Ford pada bila-bila masa menerusi pautan INI, atau dengan menghubungi pusat servis Ford yang berdaftar di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 15 April hingga 31 Mei 2022, para pelanggan yang telah menempah slot servis bakal menikmati…
Berita Domestik
Bermula 27 Disember hingga 31 Disember, para pemilik Yamaha boleh mendapatkan khidmat seperti…
Berita Domestik
Kempen tersebut menyediakan khidmat seperti berikut: Caj upah kerja percuma untuk baik pulih…