"Remaja lelaki itu dipercayai menghidupkan enjin vannya sebelum tertekan pedal minyak dan gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar dinding premis berkenaan.
"Ketika kejadian ada beberapa pelanggan dan pekerja dalam premis berkenaan, namun mereka tidak cedera," katanya ketika dihubungi.
Nor Omar berkata, kejadian itu menyebabkan binaan dan cermin dinding di kedai pecah serta rosak.
Katanya, semakan juga mendapati remaja lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan dikenakan saman atas kesalahan itu.
"Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati remaja itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.