Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta.
"Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.
"Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
"Pemandu bas berusia 51 tahun sudah ditahan dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif dadah.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Batu Pahat pada Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.
Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.