Toyota berkata peningkatan jualan ini ialah kerana pengembangan model-model menggunakan paltform TNGA di sana. Antara model popular Toyota China ialah RAV4 sebanyak 173,000 unit dan Wildlander (kembar RAV4 dengan gril Lexus) dengan 82,071 unit.
Jualan Honda China pula dibantu oleh empat model utamanya - Accord, Vezel (HR-V), Breeze (varian CR-V) dan Crider (sedan bersaiz antara Civic dan Accord dan khusus untuk China sahaja).
Mazda pula mencatat penurunan jualan sebanyak 5.8 peratus dari 2019. Model Mazda3 Axela, Mazda CX-4 dan Mazda CX-5 masih antara model-model popular jenama itu di sana.
Nissan turut mengalami penurunan jualan untuk 2020 sebanyak 5.8 peratus.
Model Sylphy yang mati di Malaysia menjadi model paling popular Nissan untuk Disember 2020.
Tahun ini, Nissan mahu memberi tumpuan untuk model baharu X-Trail dan juga model baharu Murano.
Jualan kenderaan untuk China dalam tahun 2020 ialah 25.3 juta unit, penurunan pada 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
* Laporan penuh dari Gasgoo.com