Samsung telah bekerjasama dengan Google untuk menambahbaik pengalaman penggunaan sambungan Android Auto bagi menjadikan antaramuka yang lebih mudah digunakan dan intuitif.
Selain daripada itu, Android Auto juga boleh digunakan bersama SmartThings untuk membolehkan pemilik kenderaan untuk mengawal beberapa fungsi rumah pintar dari dalam kenderaan.
Menerusi fungsi Coming Home, anda kini boleh menetapkan secara automatik suhu termostat, membuka lampu, membuka pintu garaj selain mengaktifkan robot penyedut hampagas dan mesin basuh!
Samsung juga kini memperlihatkan fungsi kunci digital yang menggunakan teknologi ultra-wideband bagi membolehkan kereta dan peranti pintar berkomunikasi sesama sendiri, dan kereta akan nyahkunci dengan sendiri saat anda menghampiri kereta.
Setakat ini, Samsung hanya bekerjasama dengan beberapa pengeluar automotif sahaja seperti Audi, BMW, Ford dan Genesis untuk fungsi kunci digital.
Sebelum Samsung memperlihatkan fungsi kunci digital, Apple telah hadir dengan ciri yang serupa menerusi kerjasama dengan BMW sebelum ini.
Kunci digital Apple menggunakan teknologi near-field communication (NFC) bagi membolehkan pemilik menyentuh peranti pintar berdekatan dengan pemegang pintu untuk menyahkunci kenderaan mereka.