Samsung SDI bina kilang baharu di Seremban, hasil bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Samsung SDI Co. menerusi syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) akan membina kilang baharu di Negersi Sembilan untuk menghasilkan sel bateri silinder bagi kegunaan kenderaan elektrik dan peranti elektronik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg, syarikat Korea Selatan itu akan melabur 1.7 trilion won (RM5.8 bilion) untuk kilang baharu yang akan digunakan untuk produksi bateri 21700 (21 mm x 70 mm) sebagai satu respon kepada permintaan terhadap bateri silinder yang semakin meningkat.

Fasa produksi akan bermula pada tahun 2024.

Kilang baharu itu juga akan menjadi titik permulaan bagi Samsung SDI untuk menjadi peneraju di dalam pasaran bateri global menjelang 2030, menurut CEO Samsung Yoonho Choi semasa majlis pecah tanah di Seremban, baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, pelaburan Samsung itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan buat syarikat tempatan.

Samsung SDI yang menjadi pembekal bateri kepada BMW dan Volkswagen mempunyai pegangan sebanyak lima peratus di dalam pasaran bateri global setakat Januari hingga Jun tahun ini.

Ia meletakkan Samsung di tangga keenam di belakang peneraju pasaran seperti CATL (34 peratus) dan LG (14 peratus) berdasarkan kajian oleh SNE Research.

Pada Mei yang lalu, Samsung SDI mengumumkan pelan untuk membina kilang bateri pertama di Amerika Syarikat bernilai $2.5 bilion menerusi kerjasama dengan Stellantis.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Smart Things merupakan salah satu aplikasi dari Samsung dimana pengguna Samsung boleh mengawal apa…
Berita Global
Kebanyakan model Renault Samsung adalah saduran dari model-model Renault yang dijual untuk pasaran…