Antara yang dicadangkan ialah pembinaan sebuah kereta sport elektrik (EV) dan bagaimana bahagian kejuruteraan, rekabentuk dan pembangunan EV boleh digabungkan agar perkongsian ilmu, komponen, kepakaran dan fasiliti boleh digunakan bersama.
Alpine adalah anak syarikat Renault yang turut terbabit dalam perlumbaan Formula 1, Formula E dan perlumbaan Endurance. Alpine juga ada menghasilkan kereta sport Alpine A110 yang dilancarkan dalam tahun 2017.
Alpine juga dikatakan mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah hatchback sporty dan SUV elektrik.
Nampaknya Lotus memilih Alpine dan bukannya Volvo untuk menghasilkan produk EV mereka. Lotus dan Volvo kedua-duanya dimiliki oleh Geely.
Mungkin Lotus mahukan sebuah syarikat yang memahami pembinaan kereta sport dan dengan sejarah penghasilan kenderaan berprestasi tinggi, seperti Alpine.